Something About Me

Hellloooooooo....

Kerlas mak tengah berusaha untuk menulis di blog semula. Blog lama saya dah delete berkurun lamanya. sebab rasa macam dah bersawang dan bluerkkkk.

Why saya menulis di blog semula? Ok ni saya nak bercerita. Saya memang banyak mulut. Di rumah, dalam kereta, kedai mamak, dekat office, kerja saya pok pek pok pek. Saya suka bercakap dan bercerita. But not every one love to hear cerita saya. Most of the time, saya banyak bercakap sorang-sorang. Yes i admit it, sometimes saya pun rasa saya macam orang gila yang sudah tak berapa nak betul sebab cakap sorang-sorang. Jadinya saya teringat saya ada blog ni and i try nak hidupkan balik.

My first attempt untuk menulis dalam blog, i think 2014. Separuh jalan. lepas tu saya lupa. Sebab on that time, saya cuba nak ingat balik macam mana nak pakai blogger.com, and i dunno what happen, maybe tertido ke, buat kerja lain ke, saya biarkan dia.

And today i try again. Adalah posting 2014 dalam draft. Ya ampun, nok mak dah tua. Nyanyuk tahap kronik maksima. Gelak aku sorang2 bila baca apa yang aku tulis last time. Bunguks betul la. So yang lama tu kita deletekan aje. Tak payahlah publish kot.

Sekarang ni pun masih nak ingatkan balik, macam mana function segala bapak mak nenek blogger.com ni. Huishh tertiba rasa buta IT.

Ok, now dah tengah malam. Mak pun nak sambung tengok lakorn..bukan laporn erk, LAKORN.. Obsesi terbaru selepas Kpop, now layan Thai Pop.

Good Nite, Continue Later